Tuesday, 22 April 2014

KELAS KEIBUBAPAAN 2014

Pada 10 April 2014, telah diadakan kelas keibubapaan anjuran bahagian klinik ibu dan anak Klinik Kesihatan Bandar Tenggara. Program ini dijalankan di ruang menunggu bahagian ibu dan anak di mana memuatkan seramai 50 orang klien antenatal secara berpasangan antara suami dan isteri.


Para peserta yang hadir diberi pendedahan awal berkenaan penjagaan semasa kehamilan dan selepas bersalin. Pendedahan ini diberikan terutamanya khusus kepada ibu bapa kepada anak sulung yang bakal dilahirkan. Kelas ini meliputi pelbagai aspek, terutamanya aspek penjagaan semasa postnatal misalnya penyusuan, penjagaan ibu selepas bersalin dan perancang keluarga.





Jurupulih Carakerja (Occupational therapy) turut terlibat dalam menjayakan kelas keibubapaan tersebut. Di mana beliau menerangkan cara menangani masalah stress.

Selain itu, para peserta turut diajar cara memandikan bayi. Teknik yang betul diajar dengan cara membuat secara praktikal di hadapan peserta.




Kelas keibubapaan ini dapat mendapat tindakbalas positif dari para peserta. Diharapkan jumlah kehadiran kelas keibubapaan dapat dipertingkatkan di masa hadapan. Kelas keibubapaan diadakan sekali setiap tahun.


Thursday, 10 April 2014

PROGRAM JOM SIHAT BANDAR PETRIJAYA

Pada 29 Mac 2014, berlangsungnya program kem kesihatan di Sekolah Kebangsaan Bandar Petrijaya bersempena Program Jom Sihat Bandar Petrijaya

Majlis disempurnakan oleh Datuk Dr Adham Baba, Ahli dewan Undangan Negeri Pasir Raja






 Program ini dijalankan dengan jayanya selama setengah hari.