Thursday, 10 April 2014

LAWATAN YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE KE KLINIK BANDAR TENGGARA

Pada 17 Februari 2014, bertempat di Klinik Kesihatan Bandar Tenggara telah berlangsungnya lawatan YB Datuk Halimah binti Mohd Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Tepat jam 2.30 petang, ketibaan YB Datuk telah dinantikan oleh anggota kesihatan klinik, para panel kesihatan serta orang ramai.
Dr Fazilahton Rajulin, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara telah menyambut ketibaan YB Datuk Halimah binti Mohd Sadique di ruang legar hadapan klinik.
Pada lawatan hari tersebut, YB Datuk dijemput untuk makan tengahari bersama-sama anggota kesihatan serta orang ramai dan beramah mesra dengan anggota kesihatan klinik.
Selain itu, majlis telah menjemput beliau untuk meraikan majlis perpisahan bagi setaff berpindah dan bersara.

Selepas sesi ucapan serta amanat yang telah disampai oleh YB Datuk, beliau turut melawat sekitar klinik bagi mengetahui lebih lanjut perjalanan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara.
Pihak klinik mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Datuk Halimah binti Mohd Sadique melawat Klinik Kesihatan Bandar Tenggara.

No comments:

Post a Comment